SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan hampir tiga bulan sejak Mac, sistem pendidikan negara turut terkena tempiasnya, bukan sahaja pelajar, guru dan kakitangan juga tidak dapat ke sekolah atau kuliah.

Namun begitu sistem pendidikan konvensional sebelum ini kini mula beransur berubah kepada sistem pembelajaran secara maya.

Apabila memasuki fasa pemulihan dalam PKPP dan sekolah diumumkan akan mula dibuka secara berperingkat bermula 24 Jun ini, sistem pendidikan berdepan satu lagi perkara iaitu normal baharu dimana beberapa garis panduan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Inilah realiti yang dihadapi dalam sistem pendidikan tahun ini.

Segmen Podcast Realiti Rakyat kali ini menampilkan pengasas Cempaka Schools Malaysia, Datuk Freida Mohd Pilus, untuk bercakap mengenai penerimaan pelajar terhadap pembelajaran secara maya dan normal baharu sepanjang tempoh PKP dan pasca PKP ini.