MALAYSIA
Pokok 130 tahun tumbang kerana reput dari dalam, luar jangkaan - DBKL

DBKL menegaskan mereka menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan seperti dijadualkan, namun insiden yang menyebabkan dua orang cedera parah itu adalah di luar jangkaan. - Foto Bernama
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa pokok yang tumbang di Jalan Ampang berhadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) pagi tadi adalah disebabkan berlaku pereputan pada bahagian akar yang tidak dapat dilihat secara fizikal.
Dalam kenyataannya, DBKL menegaskan mereka menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan seperti dijadualkan, namun insiden yang menyebabkan dua orang cedera parah itu adalah di luar jangkaan.
“Pokok tumbang tersebut merupakan dari spesis Hujan-Hujan yang berusia lebih 130 tahun dan berukur lilit 4.65 meter.
“Pokok-pokok di Jalan Ampang diselenggara mengikut jadual sebanyak dua kali setahun, iaitu pada 1 hingga 30 April dan 11 hingga 27 Disember, dan kerja-kerja penyelenggaraan terakhir melibatkan penebangan tiga batang pokok, 70 cantasan dan kerja-kerja ‘crown reduction’ terhadap 19 pokok,” jelas DBKL.
Malah turut memaklumkan bahawa mereka telah melantik kontraktor pakar pokok atau ‘arborist’ untuk menjalankan kerja-kerja pemeriksaan fizikal pokok.
Hasil daripada laporan tersebut akan disertakan dengan cadangan sama ada perlu dikekalkan, ditebang dengan membuat penggantian atau tebang tanpa penggantian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami