awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Edits perkenal fungsi tambah pautan dalaman pada Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tumbang hempap kereta, dua terselamat

Bernama
Bernama
29/08/2025
21:15 MYT
Pokok tumbang hempap kereta, dua terselamat
Sejurus bomba tiba, kedua-dua mangsa telah berada di luar kenderaan dan pasukan bomba bertindak memotong pokok menggunakan gergaji rantai dan mengalihkannya ke tepi jalan. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita warga asing terselamat selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Batu 28, Ringlet, Cameron Highlands ketika dalam perjalanan menuju ke Tapah pada Jumaat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 5.09 petang.
"Kami menerima maklumat berkenaan sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta Perodua Alza dan terdapat seorang lelaki dan wanita berusia 40-an yang mengalami cedera ringan.
"Sejurus tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa telah berada di luar kenderaan dan pasukan bomba telah bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan gergaji rantai serta mengalihkan pokok berkenaan ke tepi jalan," katanya ketika dihubungi.
Katanya empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet terlibat dalam operasi yang tamat pada 6.38 petang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#JBPM
#ringlet
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan