awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tumbang hempap kereta, pemandu maut

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/04/2021
04:47 MYT
Pokok tumbang hempap kereta, pemandu maut
Beginilah keadaan kereta Proton Wira yang dihempap oleh sebatang pokok berketinggian 10 meter di Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang pada Selasa. - Gambar ihsan JBPM
GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap sebatang pokok berketinggian 10 meter yang tumbang dalam kejadian di Jalan Perak, di sini pada Selasa.
Mangsa yang merupakan pemandu kenderaan tersebut dikenali sebagai Yong Geeng Huei, 53, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Aazelan Hassan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.38 pagi.
"Apabila sampai di lokasi kejadian terdapat sebatang pokok dengan ukur lilit kira-kira dua meter tumbang merentangi jalan raya dan menghempap sebuah kereta jenis Proton Wira," katanya.
Menurut beliau, terdapat seorang mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan tersebut dan anggotanya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan "Rescue Tools" dengan dibantu sebuah kren daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk kerja-kerja pengalihan pokok..
Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 11.04 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#10 meter
#pemandu maut
#Jalan Perak
#George Town
#Majlis Bandaraya Pulau Pinang
#Hospital Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan