awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Asas perundangan sudah jelas - Penganalisis
MALAYSIA
Semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Tehran selamat
MALAYSIA
Hanya 36 peratus rakyat capai simpanan persaraan mencukupi - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak

Bernama
Bernama
03/10/2024
15:10 MYT
Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak
Poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah Melaka di bawah Seksyen 124 Enakmen Kesalahan Syariah 1991 direkodkan meningkat kepada 28 kes dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 15 kes tahun lepas. - Gambar hiasan/Sinar Harian
MELAKA: Poligami yang tidak didaftarkan boleh memberikan kesan kepada status dan masa depan anak yang dilahirkan, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.
Sehubungan itu, beliau berkata mereka perlu mendaftarkan pernikahan di Mahkamah Syariah bagi mengelak sebarang kesulitan terutama melibatkan masa depan anak antaranya sukar mendaftar untuk bersekolah atau bekerja.
"Poligami memang dibenarkan dalam Islam tetapi perlu dilakukan mengikut proses yang betul kerana kita tidak mahu bila berlaku perkahwinan dan pasangan berkenaan mendapat zuriat, nama anak itu tidak boleh menggunakan 'bin' atau 'binti' dengan nama bapa terlibat.
"Apatah lagi, jika berkahwin dengan wanita warga asing yang mungkin mempunyai isu kewarganegaraan, lagi bermasalah ... bila dalam sijil pendaftaran kelahiran, status bapa tiada, status ibu pula bukan warganegara, ia memberi kesan kepada status anak," katanya kepada pemberita di Auditorium Al-Azim di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penutup Forum Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H dan Ceramah Kekeluargaan Peringkat Melaka anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah Melaka di bawah Seksyen 124 Enakmen Kesalahan Syariah 1991 direkodkan meningkat kepada 28 kes dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 15 kes sepanjang tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#poligami
#JAIM
#mahkamah syariah
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami