awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki
Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan batalkan 7,000 lesen senjata api

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/01/2020
06:08 MYT
Polis akan batalkan 7,000 lesen senjata api
Abdul Hamid Bador berkata, PDRM sudah kenal pasti beberapa individu yang menjual nama VVIP untuk kegiatan pemburuan haram. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses untuk menarik balik kesemua lesen senjata api terhadap hampir 7,000 pemilik lesen yang akan melalui proses tapisan serta mengkaji semula pemegang lesen berkenaan yang menggunakan untuk tujuan aktiviti pemburuan haram.
Selain itu, PDRM juga, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sudah mengenal pasti beberapa individu yang ‘menjual nama’ VVIP untuk kegiatan pemburuan haram.
Menurut beliau, aktiviti pemburuan haram bukan lagi sesuatu perkara yang diperlukan.
"Saya bagi amaran kepada semua pemburu, saya bersama bahagian perlesenan senjata api akan lakukan semakan dan pantau kawasan 'hotspot' memburu sebelum kita tarik semula lesen secara berperingkat.
"Zaman sekarang tiada keperluan lagi memburu dan untuk yang jaga tanaman saya tak galakkan untuk tembak, gunalah cara lain," katanya dalam sidang media Op Bersepadu Khazanah di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan lain, Op Khazanah, kata beliau, telah menerima penglibatan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam usaha dan kerjasama membanteras aktiviti pemburuan haram.
Berdasarkan statistik Op Bersepadu Khazanah bagi tahun 2019, sebanyak 56 kes telah direkodkan dengan tangkapan seramai 102 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan selain turut berjaya memusnahkan sebanyak 460 unit jerat pemburu haram.
Turut hadir, Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#lesen senjata api
#PDRM
#pemburuan haram
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan