KOTA TINGGI: Polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua lima pemandu kereta mewah jenis Lamborghini yang dikesan memandu secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kesemua lima pemandu dan kenderaan masing-masing berjaya dikesan menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh orang awam pada Jumaat.
Beliau berkata, rakaman video berdurasi 71 saat itu mendapati konvoi kereta mewah berkenaan dipandu dalam keadaan berbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
“Aksi memandu kereta secara berbahaya itu didapati dilakukan di Lebuhraya Senai-Desaru dan pergerakan kenderaan adalah dari Senai menghala ke Bandar Penawar kerana dikatakan terlibat dalam satu program di sana.
“Aksi tersebut dirakamkan oleh orang awam dan dimuat naik ke laman facebook ‘Jabatan Netizen Negara’ pada Jumaat sekitar jam 9.13 malam.
“Susulan rakaman video tesebut, polis telah berjaya mengesan kesemua kenderaan terbabit yang berada di Desaru pada jam 11.40 pagi Sabtu, selain mengenal pasti kesemua pemandu lelaki yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Hussin berkata, kesemua pemandu terbabit yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 44 hingga 64 tahun telah dikesan dan akan dipanggil untuk diambil keterangan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
Seksyen 42(1) APJ 1987, jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 29 2023
Kesemua lima pemandu dan kenderaan masing-masing berjaya dikesan menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh orang awam pada Jumaat. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Lapan rakan bom ikan di Hutan Simpan Banding didenda RM7,000
Lapan rakan masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Banding tanpa permit pada Mac lepas.
14 termasuk remaja bawah umur didakwa merusuh dengan parang, anggotai 'Geng 24'
Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan merusuh dengan senjata.