Polis akan memanggil penganjur perhimpunan di luar bangunan Parlimen kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata polis telah mengenalpasti individu terbabit dan akan membuka kertas siasatan dalam masa terdekat.
"Polis akan jalankan siasatan kerana penganjur telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012," katanya semasa ditemui media pada Rabu.
Jelas beliau, lebih 300 peserta hadir dalam perhimpunan yang bermula di Taman Tugu pagi ini sebelum meneruskan perarakan ke Jalan Parlimen.
Perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu diadakan bagi menyerahkan memorandum bantahan berkaitan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pintu pagar Parlimen pada 11:45 pagi oleh Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari.
"Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan ini. Memang ada sedikit kekecohan, tetapi ia berjaya dikawal oleh anggota polis.
"Kami tempatkan hampir 400 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal keadaan," jelas Shaharuddin.
Hilal Azmi
Wed Mar 28 2018

Lebih 300 peserta hadir dalam perhimpunan yang bermula di Taman Tugu sebelum meneruskan perarakan ke Jalan Parlimen. - Astro AWANI / HILAL AZMI

41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Warga Singapura sesat mendaki, sudah ditemui
Lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Panti Barat, pada Sabtu telah ditemui selamat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Ogos 2022.

10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO | Dekati pengundi, tak boleh bergantung jentera wanita
UMNO tidak boleh bergantung kepada jentera wanita semata-mata untuk mendekati kumpulan pengundi tertentu, selain perlu memikirkan pendekatan sesuai bagi mendekati kumpulan yang dilihat 'jauh' dengan parti itu.

Iklan Palsu | CEO LZNK ambil tindakan undang-undang
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan syarikat pinjaman wang yang menyalahgunakan gambar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman dengan tujuan memperdaya orang ramai. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Sabtu supaya siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat terbabit yang dikhuatiri tidak wujud.

Protes Mana LCS | Polis panggil 13 individu bantu siasatan
Polis akan memanggil 13 individu untuk memberi keterangan berhubung 'Protes Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Kuala Lumpur, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Tragedi Muay Thai | Peninju Thailand maut akibat pukulan 'knockout'
Peninju dari Thailand meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima pukulan 'knockout' dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Kota Bharu, Kelantan. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa dikenali sebagai Kittichai Chaengkhao, 28 tahun, berasal dari Chumpong.

RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

AWANI Ringkas: Wanita BN cadang penubuhan universiti, bank khas untuk wanita

Digitalisasi bantu pelanggan cekap, efisien urus tenaga - TNB
Sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 akan tercapai sekiranya pelanggan mengamalkan penggunaan tenaga lebih cekap.

Perancis siap sedia hadapi gelombang panas keempat
Keadaan itu menyebabkan beberapa kampung terputus bekalan air bersih dan petani memberi amaran kekurangan hasil menjelang musim sejuk.

Persekitaran mencabar jejas untung bersih Westports, susut 8.8% kepada RM162 juta
Pendapatan pada tempoh berkenaan meningkat 1.17% kepada RM510.98 juta daripada RM505.07 juta, berikutan hasil kontena yang lebih tinggi.

RUU Antilompat Parti: Kelulusan disambut baik, dua kelemahan perlu ditangani - BERSIH
Kelulusan ini perlu dilihat sebagai satu permulaan kepada perkembangan yang lebih progresif, adil dan kukuh.

AmInvestment unjur keuntungan TNB meningkat 16.2% pada FY23
Pada FY22, ia merosot 7.5% disebabkan Cukai Makmur dan perbelanjaan susut nilai yang lebih tinggi.

DUN Sabah: Isu jalan raya, bekalan air dan elektrik antara tumpuan
Pembangunan dan langkah mengenai isu masalah air dan masalah jalan raya di Sabah merupakan antara topik yang dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Mahkamah Tinggi dengar kes saman berhubung Ordinan Darurat pada 3 Okt
Peguam New Sin Yew, yang mewakili Bersih dan tujuh pihak selaku plaintif ketika dihubungi berkata kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Jemaah haji Malaysia tinggalkan khemah lebih bersih daripada asal
Keadaan sesak dan sempit tidak menjadi halangan jemaah haji Malaysia untuk terus menjaga kebersihan dan berdisiplin dalam tempoh operasi Masyair.

PRU15: PM perlu bentang pelan Pentadbiran dan Reformasi bagi baki penggal
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menunjukkan kepimpinan dan iltizam untuk menstabilkan politik Malaysia.

Perdana Menteri perlu stabilkan politik dengan lebih banyak pembaharuan institusi sehingga Julai 2023 - BERSIH
Jika PM tidak dapat tentukan bila PRU awal, BERSIH mahu beliau bentangkan pelan Pentadbiran dan Reformasi bagi baki penggalnya.