awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan rakam percakapan dua lelaki bergaduh depan kedai

Sinar Harian
Sinar Harian
06/09/2021
21:28 MYT
Polis akan rakam percakapan dua lelaki bergaduh depan kedai
Tular video berdurasi tiga minit menunjukkan dua lelaki bergaduh dan saling bertikam lidah dengan seorang daripadanya memegang topi keledar sementara seorang lagi cedera di muka. - Foto Sinar Harian
BAGAN SERAI: Polis akan merakam percakapan dalam masa terdekat dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Parit 2 di sini minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kedua-dua lelaki itu dipanggil selepas pihaknya mendapat perintah untuk menyiasat (OTI) daripada pendakwa raya.
"Kami telah mendapatkan OTI daripada timbalan pendakwa raya untuk meneruskan siasatan.
“Kami akan terus memanggil dua lelaki terbabit untuk diambil keterangan, kertas siasatan seterusnya akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat untuk arahan tuduh," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Pada 3 September lepas, tular satu video berdurasi tiga minit menunjukkan dua lelaki bergaduh dan saling bertikam lidah dengan seorang daripadanya memegang topi keledar sementara seorang lagi mengalami cedera pada muka.
Tidak dapat dipastikan hubungan kedua-dua lelaki itu dan punca kejadian, namun menerusi rakaman ada menyebut mereka adik-beradik dan pergaduhan berlaku disebabkan perebutan wanita.
Polis yang menerima maklumat kejadian itu telah mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#gaduh
#rakam percakapan
#polis
#Mazuki Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan