SHAH ALAM: Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya pada 19 Mac lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan sebagai individu yang meletakkan bagasi itu di lokasi itu.
"Berdasarkan keterangan lelaki itu kami percaya dia merupakan individu yang membawa dan tinggalkan bagasi berisi wang itu di parkir pusat beli-belah berkenaan.
"Namun setakat ini, kita belum dapat memastikan motif dia berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bersama Petugas-Petugas Polis dan Konsesi Lebuhraya di sini hari ini.
Hussein berkata lelaki itu bukanlah individu yang mengaku pengarah sebuah syarikat teknologi maklumat dan mendakwa wang terbabit adalah miliknya sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Beliau berkata polis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan adalah orang dari syarikat yang sama dengan pengarah itu.
Menurut Hussein pemeriksaan lanjut terhadap bagasi berkenaan telah menemukan tujuh cap jari dan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung pemilik identiti itu.
"Kita sedang siapkan kertas siasatan sebelum dibawa ke pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Terdahulu, Hussein dilaporkan berkata polis akan memanggil tiga lagi saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan yang merupakan rakan kepada pengarah syarikat terbabit selepas sambutan Aidilfitri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Hussein berkata lelaki itu dikenal pasti menerusi rakaman CCTV di kawasan berkenaan sebagai individu yang meletakkan bagasi itu di lokasi itu. - Gambar fail/Bernama
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Polis ambil keterangan individu tinggalkan bagasi berisi wang tunai RM500,000
Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada 19 Mac lepas.
IDN: Kerajaan tidak berhasrat ambil cap jari - Fahmi
Banyak kandungan di media sosial yang tidak tepat disebarkan, menyatakan kononnya kerajaan akan ambil cap jari menerusi pembangunan IDN.
Lima fakta menarik tentang Al-Quran dan Sains
Ramai saintis sebenarnya terpegun dengan ketepatan Al-Quran dalam mencatatkan fakta sains walaupun ia adalah kalam yang begitu jauh daripada teknologi sains ketika itu.
Polis buru lelaki pancing duit tabung masjid
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ismail berkata, kejadian itu hanya disedari siak masjid pada 7.30 malam apabila dimaklumkan wang tabung di ruang solat wanita hilang.
Sistem biometrik saring pekerja asing dijangka akhir tahun ini
Hanya pekerja asing yang disahkan mempunyai padanan cap jari biometrik dalam pangkalan data MYIMMS saja boleh meneruskan pemeriksaan Fomema.
Malaysia Airports beri kerjasama penuh sistem prapelepasan jemaah haji
Datuk Badlisham Ghazali berkata inisiatif itu merupakan langkah proaktif bagi pengurusan yang akan memanfaatkan 36,480 jemaah haji tahun ini, terutama bagi jemaah kali pertama.
Malaysia pertama dipilih untuk program Pra-Pelepasan Haji mulai tahun ini
Pengambilan cap jari serta semakan data jemaah haji Malaysia akan dilaksanakan di KLIA dan data tersebut akan disalurkan ke pangkalan sistem haji Arab Saudi.