awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ambil keterangan pembantu rumah Karpal seminggu lagi

Bernama
Bernama
24/04/2014
00:00 MYT
Polis ambil keterangan pembantu rumah Karpal seminggu lagi
Polis akan mengambil keterangan pembantu rumah Karpal Singh dalam tempoh seminggu lagi untuk membantu siasatan nahas jalan raya yang meragut nyawa Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata keadaan wanita warga Indonesia itu, Selfina Rengga, 24, masih belum stabil susulan kecederaan parah pada bahagian kepala.
"Doktor telah menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan kaca pada bahagian mata wanita itu semalam. Ingatannya kini tidak konsisten, kadang-kadang dia ingat, kadang-kadang tidak," katanya yang ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutup Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak, di sini hari ini.
Sementara itu beliau berkata keputusan ujian Jabatan Kimia terhadap sampel air kencing pemandu lori yang terlibat nahas itu akan diketahui dalam tempoh sebulan lagi.
Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39, maut selepas kenderaan pelbagai guna yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung pada 1.10 pagi Khamis lepas.
Topic Berkaitan
#Karpal Singh
#Ng Kong Soon
#Selfina Rengga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan