Skip to main content

Malaysia

Polis bekerjasama dengan Interpol buru pengasas eHATI, suami

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihak Interpol akan memaklumkan PDRM jika dua suspek itu ditangkap. - Gambar fail/Bernama
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihak Interpol akan memaklumkan PDRM jika dua suspek itu ditangkap. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama polis  antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati dan suaminya yang dipercayai berada di luar negara.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihak Interpol akan memaklumkan PDRM jika dua suspek itu ditangkap.

“Kita percaya dua suspek masih berada di luar Malaysia dan tindakan sewajarnya telah diambil pihak polis untuk memastikan jika (mereka) dikesan di negara-negara berkaitan, tangkapan dapat dilakukan,” katanya. 

Advertisement

Shazeli berkata demikian pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. 

Pada 14 Nov tahun lepas, Shazeli berkata pengasas program motivasi kontroversi eHATI dan suaminya dipercayai melarikan diri ke luar negara sehari sebelum pertuduhan terhadap mereka dibuat di mahkamah. 

Advertisement

Semasa itu, pasangan tersebut dipercayai berada di sebuah negara di Asia Tenggara.

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement