awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis belum kesan lokasi mayat bayi ditanam

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/10/2018
12:11 MYT
Polis belum kesan lokasi mayat bayi ditanam
Polis menggali di Tanah Perkuburan Islam Bagan Dalam namun mayat bayi berkenaan masih belum ditemui. - Astro AWANI
Polis masih lagi mengesan lokasi sebenar mayat seorang bayi baru lahir di Kampung Pertama dekat Permatang Pauh yang didakwa ditanam di Tanah Perkuburan Islam Bagan Dalam, di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, operasi menggali kawasan itu masih belum menemukan mayat bayi lelaki terbabit yang didakwa ditanam oleh teman lelaki wanita itu awal pagi Jumaat.
Operasi mencari dilakukan selepas teman lelaki suspek berjaya ditahan semalam sebaik dia menyerah diri di Balai Polis Bukit Mertajam.
Susulan itu, polis kemudiannya membawa pemuda berusia 23 tahun itu ke tanah perkuburan itu malam tadi namun operasi menggali masih gagal menemukan lokasi mayat bayi terbabit.
Lelaki itu kini ditahan dan pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian awal pagi Jumaat, seorang wanita berusia 22 tahun dipercayai melahirkan bayi lelaki yang dianggarkan berusia lima atau enam bulan di sebuah rumah namun bayi itu meninggal dunia.
Mayat bayi berkenaan kemudiannya dikbumikan teman lelakinya tanpa memaklumkan kepada sesiapa.
Dia yang mengalami pendarahan banyak kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) namun doktor yang merawatnya mengesyaki dia menyembunyikan kelahiran berikutan terdapat kesan luka bersalin pada rahimnya.
Wanita itu kini ditahan di wad HSJ untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#bayi baru lahir
#buang bayi
#Tanah Perkuburan Islam Bagan Dalam
#tanam bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan