awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis bongkar aktiviti loteri haram berselindung di sebalik kedai telefon, komputer

Bernama
Bernama
13/12/2020
22:47 MYT
Polis bongkar aktiviti loteri haram berselindung di sebalik kedai telefon, komputer
Abd Khalid (tiga, kanan) bersama anggotanya membuat serbuan operasi ke atas loteri awam haram di sekitar Subang Jaya, 13 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
SUBANG JAYA:Polis membongkar kegiatan loteri haram yang berselindung di tapak sewa dalam kedai telefon bimbit dan elektronik selepas menahan sembilan individu termasuk tujuh warga asing dalam operasi di empat premis di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata daripada tujuh warga asing itu, tiga adalah wanita warga Indonesia pekerja pusat loteri haram berkenaan, manakala tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar yang ditahan merupakan pelanggan.
Beliau berkata kesemua enam lelaki dan tiga wanita berumur antara 20 dan 47 tahun itu direman selama empat hari, dan kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM200,000 atau lima tahun penjara jika disabit kesalahan.
"Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, mereka menggunakan taktik berpindah dari satu kedai ke kedai lain yang disewa dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Kedai yang selalu digunakan adalah kedai telefon bimbit dan elektronik.
“Serbuan dilakukan kira-kira 4.30 petang hari ini ke atas tiga premis di dalam kedai telefon bimbit di Subang Perdana Court 10, USJ 3 serta sebuah kedai komputer riba di Pangsapuri Angsana Taman Subang Mewah,” katanya pada sidang media selepas tamat operasi tersebut di Subang Perdana Court 10 di sini semalam.
“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM1,759, masing-masing empat unit mesin pencetak dan telefon bimbit serta 41 kertas nombor loteri awam haram,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loteri
#warga asing
#Subang Jaya
#kedai telefon bimbit
#operasi
#Abd Khalid Othman
#reman
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan