KAJANG: Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan secara serentak di sekitar Lembah Klang Jumaat lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dalam serbuan itu, pihaknya menahan 13 ahli sindiket yang dipercayai aktif sejak tahun lepas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.48 juta.
Beliau berkata kesemua suspek terdiri daripada warga tempatan termasuk lima wanita berumur lingkungan 21 hingga 51 tahun.
"Dua dalang utama sindiket ini merupakan seorang lelaki yang menjadi koordinator kepada sistem pengedaran dan pemprosesan dadah, manakala isterinya menguruskan segala sewaan rumah dan kenderaan.
"Sindiket ini menjadi sumber kepada pengedar dadah lain di sekitar Lembah Klang dan mereka mengedar kepada yang dikenali sahaja dengan menggunakan perkhidmatan kurier," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Khaw berkata dalam tangkapan pertama, JSJN memeriksa bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Honda City dipandu seorang lelaki berumur 25 tahun dan menjumpai heroin seberat 2.441 kilogram (kg) di Jalan Cheras - Kajang Expressway.
Beliau berkata pemeriksaan kedua dijalankan di sebuah rumah teres di Semenyih, Selangor dan polis menjumpai 16 bungkusan plastik berisi dadah jenis heroin seberat 7.31 kg.
"Turut dirampas satu plastik lutsinar berisi bahan kimia mengandungi dadah seberat 4.583 kg, lapan botol kaca bahan kimia mengandungi dadah seberat 13.64 kg serta pelbagai peralatan untuk memproses dadah.
"Pemeriksaan susulan dilaksanakan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur dan menjumpai pelbagai jenis dadah seperti syabu seberat 26.25 kg, heroin seberat 55.33 kg dan 4.208 kg ganja," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama enam hari bermula Sabtu lepas hingga 3 Mei ini.
Beliau berkata pihak JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan rangkaian sindiket itu yang dipercayai masih bebas dan orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui hotline JSJN 012-2087222.
"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, pihak kami menyita pelbagai aset sindiket dengan anggaran RM1.08 juta terdiri daripada sembilan kereta, sebuah lori, tiga motosikal, wang tunai RM213,000 dan 26 barangan kemas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin (empat, kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini. - Foto Bernama
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Blues Gang buat konsert 5 dekad ulang tahun
Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato.
Insiden serangan: Polis siasat sama ada tindakan rambang, terancang - Saifuddin
Siasatan polis terhadap beberapa insiden yang mengancam institusi penting negara menjurus ke arah menentukan sama ada ia merupakan tindakan rambang atau terancang.
Penjajaran semula agensi bermandat bumiputera lonjak ekosistem ekonomi
Penjajaran ini dijayakan melalui kerjasama pintar dan inovatif antara sektor awam dan swasta, sejajar dengan prinsip kerajaan madani yang mengutamakan inklusiviti, keberkesanan, dan kelestarian.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
40 maut akibat denggi sejak Januari lalu
Sebanyak 40 kematian direkodkan akibat wabak denggi sejak Januari lalu, meningkat 14 kes berbanding 26 yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Polis bongkar makmal haram milik suami isteri, rampas dadah bernilai RM1.4 juta
Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.