awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan kes suspek culik remaja ditembak mati

Bernama
Bernama
15/04/2025
09:00 MYT
Polis buka kertas siasatan kes suspek culik remaja ditembak mati
Hussein Omar berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan. - Gambar fail
KLANG: Polis membuka kertas siasatan kes suspek disyaki terlibat dalam penculikan seorang remaja perempuan di Seremban, Negeri Sembilan, yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Bandar Bukit Tinggi, dekat sini semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
"Siasatan itu atas kesalahan cubaan membunuh pegawai polis manakala kes culik di bawah bidang kuasa polis Negeri Sembilan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Klang Selatan, di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata pihaknya mengesan suspek warga tempatan berumur 21 tahun itu di Jalan Bayu Tinggi, Klang sebelum dia cuba melarikan diri daripada polis.
Suspek disyaki sebagai antara individu terbabit dalam kes penculikan remaja perempuan warga tempatan itu dan telah meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa pada 10 April lepas.
Sementara itu, Hussein berkata pihaknya bercadang untuk memperluas unit dron di tiga IPD yang mempunyai indeks jenayah tinggi di Selangor.
Beliau berkata cadangan melibatkan IPD Klang Utara, Serdang dan Sungai Buloh itu antara lain bagi memperkasakan usaha mengekang dan membasmi jenayah di lokaliti berkenaan dengan pemantapan tugasan pemantauan menerusi teknologi terlibat.
"Buat masa ini, selain di IPD Klang Selatan, dron turut digunakan di IPD Petaling Jaya dalam pencegahan jenayah, sejak penggunaan di Klang Selatan didapati tiada lagi kes ragut.
"Ia menggunakan model Matrice 30 Thermal bernilai RM450,000 hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Komuniti untuk tinjauan kawasan pentadbiran IPD ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes culik
#Kes Tembak
#penculik ditembak maut
#culik remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan