awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan sindiket penipuan pelaburan didalangi 'Datuk Wira'

Bernama
Bernama
08/11/2023
13:12 MYT
Polis buka kertas siasatan sindiket penipuan pelaburan didalangi 'Datuk Wira'
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan membabitkan ahli perniagaan bergelar 'Datuk Wira' yang didakwa memperdaya ratusan pelabur sehingga mangsa kerugian dianggarkan mencecah hampir RM1 bilion.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).
"Saya telah menerima maklumat berkaitan kes ini yang dilaporkan di akhbar. Kita kena siasat dulu dakwaan bahawa 'Datuk' itu dilindungi oleh seorang 'Tan Sri'.
"Bila maklumat yang bukan kita keluarkan, kita kena siasat, kita nak sahkan berita dan maklumat itu benar,"katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang lelaki bergelar 'Datuk Wira' didakwa menipu ratusan pelabur tempatan dan antarabangsa dengan janji manis apabila menjual nama rakan kongsinya yang bergelar 'Tan Sri' melalui 18 syarikat pelaburan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Wira
#polis buka kertas siasatan
#sindiket penipuan pelaburan
#Ketua Polis Negara Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan