awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua tahanan larikan diri di Mahkamah Kuching

Bernama
Bernama
17/03/2025
09:15 MYT
Polis buru dua tahanan larikan diri di Mahkamah Kuching
Kedua-dua tahanan terbabit masih dalam tempoh perbicaraan bagi kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan berkaitan samun berkumpulan tanpa senjata api. - Gambar/ Bernama
KUCHING: Polis sedang memburu dua lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah di Mahkamah Kuching di sini kira-kira 11.30 pagi, 7 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee berkata kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Mohd Hissyalezwan Abd Zamri, 27, dari Kampung Hilir, Serian manakala Muhammad Nasrie Razali, 25, dari Kampung Baru, Kota Samarahan, dekat sini.
Beliau berkata kedua-dua tahanan terbabit masih dalam tempoh perbicaraan bagi kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan berkaitan samun berkumpulan tanpa senjata api.
"Mana-mana individu yang melindungi atau membantu kedua-dua suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 225(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun serta denda," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta segera menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kanan ASP Chris Olsen Anak Ramlee di talian 013-8607572.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahanan lari
#Mahkamah Kuching
#Sarawak
#identiti banduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan