awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS, Greenland & Denmark adakan perbincangan pertama selepas Trump ubah pendirian
Rejab gamit lebih 25 juta pengunjung ke Masjid Nabawi
TPM Ahmad Zahid harap karya Malaysia mudah tembusi pasaran Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru kumpulan penunggang basikal halang laluan bas

Sinar Harian
Sinar Harian
08/07/2025
07:00 MYT
Polis buru kumpulan penunggang basikal halang laluan bas
Tangkap layar video tular pertelingkahan membabitkan sekumpulan penunggang basikal dengan seorang pemandu bas.
KUALA SELANGOR: Polis giat mengesan sekumpulan penunggang basikal bagi membantu siasatan selepas tular di media sosial kerana didakwa menghalang laluan sebuah bas di Kilometer 23, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur menghala ke Sungai Buloh.

Ringkasan AI
  • Polis sedang mengesan sekumpulan penunggang basikal yang didakwa menghalang laluan sebuah bas di Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, dengan kejadian dipercayai berlaku pada Ahad lalu sekitar jam 9.35 pagi.
  • Kes disiasat di bawah Peraturan 42(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang secara bersaing, namun tiada kemalangan dilaporkan dan orang ramai diminta tampil membantu siasatan.
  • Ketua Polis Daerah Kuala Selangor menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan menghormati keselamatan semua pihak, susulan insiden yang tular di media sosial melibatkan pertelingkahan antara pemandu bas dan penunggang basikal.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit menunggang secara berkumpulan di lorong kiri jalan sehingga dipercayai menghalang pergerakan bas berkenaan.
Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku pada Ahad lalu kira-kira jam 9.35 pagi.
"Kes ini disiasat di bawah Peraturan 42(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal secara bersaing. Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sehubungan itu, tegasnya, usaha mengesan kumpulan terbabit sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Azaharudin turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan ditetapkan dan menghormati hak serta keselamatan pengguna lain.
Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, insiden itu dirakam dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Facebook yang memaparkan pertelingkahan antara pemandu bas dan kumpulan penunggang basikal terbabit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#penunggang basikal
#pemandu bas
#halang laluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan