KOTA TINGGI: Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang ketika waktu berbuka puasa di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Hussin Zamora berkata, lelaki itu adalah Mohd Adi Hashim, 38, yang bekerja di sebuah ladang nanas dan beralamat terakhir di No. 1003, Blok 12, Felda Air Tawar 3, di sini.
Beliau berkata, kejadian pada 7.11 malam itu menyebabkan isterinya yang berusia 30-an, ibu mentua berusia 50-an, adik ipar perempuan berusia 30-an serta adik ipar lelaki berusia 16 tahun cedera parah.
"Hasil siasatan mendapati, secara tiba-tiba, lelaki itu dipercayai mengamuk dan menetak kesemua mangsa yang berada di dalam rumah menggunakan parang. Ketika kejadian, dua anak lelaki itu masing-masing berusia lima tahun dan dua bulan berada bersama isterinya, namun kedua-duanya tidak cedera.
"Keempat-empat mangsa dirawat di Hospital Kota Tinggi dan berada dalam keadaan stabil. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hussin berkata, Pusat Kawalan Daerah Kota Tinggi menerima maklumat awam berhubung kejadian itu melalui panggilan Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 pada 8.22 malam, hari sama.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurul Syafiqah Khalid di talian 019-5121 568 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi 07-8831 222 atau mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang ketika waktu berbuka puasa di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lepas.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Polis buru lelaki pecah cermin kereta, ugut pemandu wanita
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita dalam kejadian di Simpang Empat Limbat, Khamis lepas.
Polis buru lelaki tetak empat sekeluarga ketika waktu berbuka puasa
Lelaki itu adalah Mohd Adi Hashim yang bekerja di sebuah ladang nanas dan beralamat terakhir di No. 1003, Blok 12, Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi.
Polis sedang kesan individu bersabit dadah
Suspek dikenali sebagai G. Kalaiselvam, 26, dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis buru empat tahanan positif COVID-19 lari dari pusat kuarantin
Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata semua tahanan terbabit melarikan diri pada pukul 3.30 pagi tadi.
Lelaki laku amang seksual terhadap 2 kanak-kanak jual kuih diburu
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di sebuah pangsapuri di Seksyen 19, Petaling Jaya, di sini Isnin lepas.
Polis buru lelaki pakai 'wristband' COVID-19 minum di kopitiam
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) yang tular di media sosial, pada Selasa.
Dua suspek kes tembak pusat hiburan Bukit Bintang diburu
Insiden itu mencetuskan panik lebih 100 pengunjung di kawasan terbabit.
Polis kerah 107 anggota buru suspek kes samun di Kajang
Polis mengerahkan sejumlah 107 pegawai dan anggota bagi memburu seorang penjenayah yang melarikan diri selepas empat rakannya daripada satu kumpulan samun ditembak mati.