awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki, wanita cuba ancam nyawa anggota polis

Bernama
Bernama
06/11/2024
14:30 MYT
Polis buru lelaki, wanita cuba ancam nyawa anggota polis
Hasil siasatan mendapati sebanyak 10 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang cuba menahan lelaki dan wanita itu kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di kawasan Kajang. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
IPOH: Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita kerana cuba melanggar kenderaan polis yang mahu menahan mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara, semalam.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 12 tengah malam daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang memaklumkan telah mengejar sebuah Perodua Myvi berwarna kelabu dari arah Kajang, Selangor sehingga ke hentian berkenaan.
"Kereta itu yang dinaiki dua suspek warga tempatan cuba melanggar kenderaan polis yang cuba menahan mereka di hadapan sebuah restoran makanan segera.
"Dalam usaha mempertahankan diri, pasukan polis terpaksa melepaskan empat das tembakan ke arah kenderaan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun, lelaki dan wanita itu berjaya melarikan diri dengan memandu kereta secara melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dan setibanya di Kilometer 332.5, mereka memberhentikan dan meninggalkan kenderaan lalu melarikan diri ke hutan berhampiran.
Mohd Naim berkata hasil siasatan mendapati sebanyak 10 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang cuba menahan lelaki dan wanita itu kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di kawasan Kajang.
"Pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan dan pihak IPD Tapah telah melancarkan Ops Tutup bagi mengesan kedua-dua suspek," katanya.
Hasil semakan terhadap kereta digunakan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang wanita warga tempatan manakala lelaki terbabit mempunyai 15 rekod jenayah lampau.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil di balai polis berdekatan atau hubungi IPD Tapah menerusi talian 05-4011 222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis buru
#ancam nyawa anggota polis
#Kajang
#Polis Daerah Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan