awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru penunggang buat aksi 'Superman' di Lebuhraya Utara Selatan

Bernama
Bernama
03/07/2023
11:16 MYT
Polis buru penunggang buat aksi 'Superman' di Lebuhraya Utara Selatan
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata rakaman video perbuatan sekumpulan penunggang motosikal berkenaan yang melakukan aksi 'Superman' dan zig-zag tersebar menerusi laman sosial sejak semalam. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba dan menunggang secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur keluar ke Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata rakaman video perbuatan sekumpulan penunggang motosikal berkenaan yang melakukan aksi 'Superman' dan zig-zag tersebar menerusi laman sosial sejak semalam.
Beliau berkata pihaknya sedang giat mengesan kesemua penunggang motosikal berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Tindakan penunggang motosikal ini telah menyebabkan kegusaran dan ketakutan kepada pengguna jalan raya yang lain dan risiko kemalangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Faizal memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dan video yang tular itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Alauddin Salehudin di talian 013-642 0184 atau 03-6064 1222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aksi superman
#penunggang motosikal
#Lebuhraya Utara Selatan
#Polis Daerah Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan