Polis buru seorang lagi suspek kes bunuh di Nilai

Johari berkata suspek lelaki itu dikesan menerusi rakaman CCTV di sekitar kawasan itu pada malam 28 Dis memakai pelitup muka dan mengenakan baju berhud. - Gambar Facebook Polis Daerah Nilai
NILAI: Polis memburu seorang lagi suspek bagi membantu siasatan pembunuhan seorang lelaki yang ditemukan dengan 12 kesan tikaman di sebuah pangsapuri di Mantin dekat sini pada 30 Dis lepas.
Ringkasan AI
- Polis memburu seorang suspek lagi bagi membantu siasatan pembunuhan lelaki yang ditemui dengan 12 kesan tikaman di Mantin.
- Suspek lelaki itu dikesan menerusi rakaman CCTV memakai pelitup muka dan baju berhud pada malam kejadian.
- Siasatan awal mendapati mangsa berusia 30an itu ditikam 12 kali, termasuk pada belakang kepala, dada, dan leher.
"Buat masa ini individu tersebut ialah suspek utama dan pihak polis sedang giat mengesannya untuk membantu siasatan," katanya.
Terdahulu, media melaporkan dua lelaki tempatan direman bagi membantu siasatan dan menurut Johari pihaknya akan memohon sambungan reman terhadap mereka.
Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa berusia 30an itu ditikam 12 kali termasuk pada belakang kepala, dada serta leher.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


