awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek kes bunuh lelaki disumbat dalam bagasi

Bernama
Bernama
10/10/2025
14:25 MYT
Polis buru suspek kes bunuh lelaki disumbat dalam bagasi
Polis berkata mangsa berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan lehernya cedera dan tangan diikat manakala kepalanya diserkup dengan plastik. - Gambar fail
BUTTERWORTH: Polis memburu suspek kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh di sini, semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata mangsa berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan lehernya cedera dan tangan diikat manakala kepalanya diserkup dengan plastik.
"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.46 tengah hari dan siasatan di lokasi mendapati mangsa dijumpai dalam beg bagasi di kawasan berhampiran belakang flat tersebut dan kami sedang menyiasat sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibungkus serta dimasukkan ke dalam beg seterusnya dicampak di kawasan tersebut.
"Hasil bedah siasat oleh pakar forensik mendapati punca kematian adalah disebabkan sesak nafas (suffocation) dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti selepas dicamkan oleh keluarga terdekat," katanya dalam kenyataan malam ini.
Azizee berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Norhaslinda Rahmat di talian 04-576 2222 (sambungan: 2275) atau mana-mana balai polis berdekatan.
Sebelum ini, Bernama melaporkan polis mengesahkan identiti mayat tersebut sebagai Lee Boon Han, 31, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Rabu lepas.
Difahamkan mayat ditemukan pekerja pembersihan saluran yang sedang menjalankan tugasan rutin di kawasan rumah pangsa berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat dalam bagasi
#Flat Ampang Jajar
#polis pulau pinang
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan