awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari dua suspek samun telefon bimbit, cedera pekerja

Sinar Harian
Sinar Harian
24/04/2023
02:20 MYT
Polis cari dua suspek samun telefon bimbit, cedera pekerja
Tangkap layar video tular kejadian samun sebuah kedai telefon bimbit dan mencederakan pekerja sebuah premis perniagaan di Sungai Besar di sini pada Sabtu.
SABAK BERNAM: Polis giat mengesan dua suspek terlibat kes samun sebuah kedai telefon bimbit dan mencederakan pekerja sebuah premis perniagaan di Sungai Besar di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian itu tular menerusi satu video di media sosial memaparkan tiga lelaki bergelut di hadapan kedai tersebut.
Menurut beliau, satu laporan polis berkaitan kes samun dibuat seorang wanita yang juga penyelia premis berkenaan.
"Siasatan mendapati seorang pekerja wanita dan lelaki berada di kedai itu didatangi seorang suspek kononnya mahu membeli telefon jenis Iphone 14," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun, Agus Salim memberitahu, suspek lelaki itu kemudiannya menyerang salah seorang pekerja dan merampas telefon di atas meja kaunter jualan.
Beliau memberitahu, pekerja itu kemudian mengejar suspek hingga ke luar premis dan berlaku pergelutan.
"Pada waktu itu, seorang lagi rakan suspek turut bergelut dengan pekerja tersebut, namun kedua-dua suspek melarikan diri dengan menaiki dua motosikal manakala pekerja tersebut mengalami kecederaan dan telefon yang dirampas turut tercicir di lokasi kejadian," jelasnya.
Sehubungan itu, tegas Agus Salim, polis sedang giat menjalankan usaha memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sabak Bernam,Asisten Superintendan Khairul Azmani Mohd. Zain di talian 03-32242222," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Agus Salim Mohd Alias
#samun
#kedai telefon bimbit
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan