awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari ibu bayi yang dibuang di depan rumah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/06/2020
13:46 MYT
Polis cari ibu bayi yang dibuang di depan rumah
Bayi berkenaan ditemui berbalut dengan kain batik dan ditemui di hadapan sebuah rumah di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar. - PDRM
Polis sedang mengesan ibu kepada bayi yang ditemui atas bangku di hadapan sebuah rumah di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar pada Ahad.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, siasatan masih dijalankan berhubung kejadian itu.
Tambahnya lagi, bayi perempuan terbabit masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan dalam keadaan stabil.
Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian jam 7 pagi Ahad, bayi berkenaan ditemui berbalut dengan kain batik dan ditemui di hadapan sebuah rumah di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar.
Bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemui dalam keadaan masih bertali pusat dan bahagian badan serta mukanya dihurung semut.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#bayi
#Hospital
#polis
#rumah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan