awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari lelaki dipercayai panah anjing sehingga mati

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
14/03/2021
06:50 MYT
Polis cari lelaki dipercayai panah anjing sehingga mati
Siasatan CCTV mendapati seorang lelaki memegang alat memanah dan memanah anjing liar antara jam 4.21 pagi hingga 5.26 pagi Khamis lalu. - Foto PDRM
ALOR SETAR: Polis sedang mencari seorang lelaki yang dipercayai memanah seekor anjing sehingga mati di Seberang Jalan Putra, dekat Alor Setar.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan, pengadu yang berada di rumahnya di Taman Dahlia, telah melihat status yang dimuat naik oleh seorang pemilik sebuah akaun Facebook mengenai anjing liar yang mati dibunuh dengan kejam dan dipanah di kawasan berkenaan.
"Berdasarkan rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di situ, seorang lelaki yang menaiki sebuah Proton Waja berada di kawasan itu ketika kejadian.
"Kelihatan imej suspek melakukan aksi panah muncul dalam kamera CCTV dan senjata yang digunakan ialah busar panah dan anak panah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata, tujuan pengadu datang buat laporan kerana bersimpati dengan haiwan itu dan tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit.
Tujuan pengadu datang buat laporan kerana bersimpati dengan haiwan itu dan tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit. - Foto PDRM
Tujuan pengadu datang buat laporan kerana bersimpati dengan haiwan itu dan tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit. - Foto PDRM
Beliau berkata, pihaknya kemudian merakam percakapan pengadu untuk mengambil keterangannya bagi membantu siasatan.
"Siasatan di lokasi kejadian mendapati pasukan penyiasat Jabatan Veterinar serta tiga pembantu penguatkuasa melakukan siasatan dan terdapat CCTV di kedai berhampiran yang menunjukkan seorang lelaki memegang alat memanah dan memanah anjing liar antara jam 4.21 pagi hingga 5.26 pagi Khamis lalu," katanya.
Ahmad Shukri berkata, suspek dipercayai menggunakan sebuah kereta Proton Waja namun nombor pendaftaran kenderaan itu gagal dikenal pasti.
Beliau berkata, pegawai penyiasat Jabatan Veterinar memaklumkan akan membuka kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 29(1)(E) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
"Kes kemudian dirujuk ke Jabatan Veterinar untuk siasatan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#memanah seekor anjing sehingga mati
#lelaki diburu
#CCTV
#Alor Setar
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan