awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari lelaki melompat di landasan monorel Bukit Bintang

Bernama
Bernama
26/09/2024
15:53 MYT
Polis cari lelaki melompat di landasan monorel Bukit Bintang
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merakam aksi melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 Sept lepas. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merakam aksi melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan berkata video berdurasi empat saat tersebut telah dikesan dimuat naik di platform media sosial Xiaohongshu pada hari sama.
"Laporan polis berkenaan kejadian itu dibuat oleh Polis Bantuan Prasarana pada pukul 9.34 malam semalam. Walaupun usaha telah dilakukan untuk menahan suspek, identiti lelaki tersebut masih belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan malam ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Pencerobohan), dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#melompat di landasan monorel
#Bukit Bintang
#Polis Daerah Dang Wangi
#Xiaohongshu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan