awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari lelaki ragut beg tangan wanita

Bernama
Bernama
13/01/2023
12:03 MYT
Polis cari lelaki ragut beg tangan wanita
Soffian berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai meragut beg tangan seorang wanita yang menyebabkan mangsa kerugian RM2,800 dan lebam di tangan dalam kejadian di Lorong Selamat, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian itu berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka kereta milik suami wanita itu yang memaparkan wanita berkenaan menjadi mangsa ragut seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda warna hitam.
"Semasa kejadian, mangsa yang membawa beg tangan sedang berjalan di kawasan itu bersama dua rakannya sebelum dihampiri lelaki menunggang motosikal dari arah belakang yang bertindak meragut beg tangan mangsa.
"Mangsa mengalami lebam di tangan kanan akibat beg direntap oleh suspek dan membuat laporan polis pada 1.55 tengah hari semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Soffian berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#ragut
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan