awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cedera dipukul warga Indonesia ketika buat sekatan jalan raya PKP

Bernama
Bernama
12/04/2020
08:40 MYT
Polis cedera dipukul warga Indonesia ketika buat sekatan jalan raya PKP
Anggota polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum ketika hendak menangkap suspek kerana suspek melawan sehingga berlaku pergelutan. - Foto PDRM
Seorang anggota polis cedera dipercayai dipukul seorang warga Indonesia ketika sedang membuat sekatan jalan raya bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Presint 14, hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata kejadian berlaku ketika anggota polis berkenaan memanggil suspek yang berjalan kaki melalui sekatan jalan raya.
"Semasa suspek mendekati pegawai polis itu, secara tiba-tiba suspek terus menyerang dengan menumbuk sebanyak dua ke tiga kali dan terkena bahagian kening mata sebelah kiri anggota," katanya kepada media di sini hari ini.
Katanya, anggota polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum ketika hendak menangkap suspek kerana suspek melawan sehingga berlaku pergelutan.
"Suspek telah mengalami sedikit kecederaan iaitu calar pada bahagian muka dan pemeriksaan ke atas suspek didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah," katanya.
Rosly berkata siasatan awal juga mendapati suspek keluar rumahnya hanya untuk berjalan-jalan dan tidak dapat menyatakan lokasi ditujunya.
Suspek ditahan kerana telah mendatangkan kecederaan kepada anggota, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#coronavirus
#COVID-19
#Imigresen
#Indonesia
#koronavirus
#penjawat awam
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#polis
#Putrajaya
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan