awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cekup tiga pengawal keselamatan miliki dadah

Bernama
Bernama
02/05/2014
10:58 MYT
Polis cekup tiga pengawal keselamatan miliki dadah
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin (tengah) menunjukkan sejumlah dadah jenis heroin yang dirampas selepas menahan tiga pengawal keselamatan kondominium mewah di Sungai Ara, Bayan Lepas. -Foto BERNAMA
Polis menahan tiga pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini hari ini kerana disyaki mengedar dan mengambil dadah.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata dalam serbuan pada 4 pagi itu, polis menemukan satu paket plastik lut sinar serta keratan straw mengandungi serbuk heroin dan peralatan menghisap dadah di atas lantai pondok kawalan kondominium itu.
"Ketika serbuan suspek berusia 30, 31 dan 44 tahun itu masih beruniform dan dipercayai mengambil dadah ketika bertugas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut dalam loker besi di premis itu turut menjumpai lapan paket lagi plastik lut sinar berisi heroin dengan kesemuanya dianggar bernilai RM500.
Hasil saringan air kencing mendapati ketiga-tiga pengawal keselamatan itu positif dadah, katanya sambil memberitahu bahawa mereka juga dipercayai menjadi pengedar kepada penagih lain di sekitar kawasan itu.
Lai berkata dua daripada lelaki terbabit berasal dari Permatang Damar Laut di sini manakala seorang lagi dari Cheras, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Bayan Lepas
#Dadah
#heroin
#kondominium mewah
#Lai Fah Hin
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan