KLANG: Kehadiran anggota polis yang disangka sebagai pembeli membawa kepada penahanan empat lelaki yang memproses, menjual serta mengedar air ketum di sebuah rumah di sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang dekat sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata seorang daripada suspek juga sempat bertanya kepada anggota berkenaan berapa botol yang hendak dibeli sebelum polis bertindak memperkenalkan diri.
Cha berkata susulan itu, keempat-empat suspek berumur 30 hingga 33 tahun yang ketika itu sedang membungkus air ketum ditahan dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah sewa jenis berkembar sekitar 12.10 tengah malam hingga 2 pagi.
Katanya, serbuan hasil risikan polis itu turut menemukan sebuah stor dan tempat memproses cecair ketum di rumah tersebut selain merampas cecair disyaki ketum yang siap dibungkus berjumlah 600 liter, daun ketum 20 kilogram, cecair disyaki kodien (ubat batuk) sebanyak 583.20 liter serta peralatan memproses air ketum.
"Polis menganggarkan jumlah rampasan barangan tersebut bernilai RM12,000 dan turut disita wang tunai berjumlah RM250 disyaki hasil jualan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini hari ini.
Cha berkata hasil risikan mendapati sindiket yang beroperasi sejak enam bulan lepas itu memasarkan cecair ketum dan ubat batuk tersebut di sekitar daerah Klang.
Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 manakala tempoh reman yang tamat pada hari ini, akan disambung untuk siasatan lanjut.
Dalam perkembangan lain, Cha berkata pihaknya berjaya menumpaskan kumpulan Geng Dubuk Samun Ragut yang dipercayai terlibat dalam kira-kira 20 kes samun dan ragut di sekitar kawasan Klang Selatan, susulan beberapa siri tangkapan terhadap empat lelaki pada 9 Dis lepas.
Penahanan ke atas semua suspek berumur 26 hingga 42 tahun itu dijalankan susulan aduan seorang lelaki berusia 55 tahun di Lorong Resak, Taman Palm Grove dekat sini yang didatangi dua lelaki dipercayai suspek menaiki motosikal dari arah belakang dan meragut beg sandang pengadu lalu melarikan diri.
Katanya, ketua kumpulan samun tersebut yang berumur 40-an juga pernah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 namun masih melakukan jenayah samun dan ragut di sekitar Klang.
"Suspek berumur 40-an itu sebelum ini diletakkan di bawah pengawasan polis di Balai Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang akhirnya ditahan semula bersama tiga suspek pada Khamis lepas," katanya sambil menambah kesemua suspek kini direman hingga 19 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong (dua, kiri) menunjukkan air ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah jenis berkembar di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah pada sidang akhbar di IPD Klang Selatan, hari, ini. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun
Polis menahan anak pengasuh berusia 23 tahun kerana dipercayai meliwat seorang kanak-kanak asuhan ibunya yang berusia empat tahun di Taman Perindustrian Tampoi Jaya pada Sabtu.
Polis siasat penyanyi dakwa dirakam penguat kuasa PBT ketika sedang diurut
Polis menjalankan siasatan berhubung seorang penyanyi rap yang mendakwa dirinya dirakam ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya pada Rabu lalu.
Polis tahan pengurus restoran, guna peralatan hidangan papar gambar pemimpin Komunis
Polis telah menyerbu restoran tersebut dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang merupakan pengurus restoran terbabit.
Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat yang berkaitan kejadian yang dipaparkan dalam video berkenaan.
Dua beradik warga asing dalang sindiket kutip derma diberkas di Ulu Tiram
Dua beradik yang berperanan sebagai pemandu dan perancang kegiatan itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota JSJ IPD Seri Alam.