awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis hampir lengkapkan siasatan kes pelajar sekolah berasrama penuh dibuli - Allaudeen

Bernama
Bernama
07/01/2024
21:45 MYT
Polis hampir lengkapkan siasatan kes pelajar sekolah berasrama penuh dibuli - Allaudeen
Allaudeen berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu kepada pelajar lelaki berusia 14 itu membuat laporan polis. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis hampir melengkapkan siasatan berhubung kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di sini yang menyebabkan seorang pelajar melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata setakat ini pihaknya telah merakam percakapan seramai 35 individu termasuk pelajar yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolah itu.
Alaudeen berkata setakat ini siasatan polis juga tidak menemukan sebarang pengabaian daripada pihak ibu bapa pelajar berkenaan.
"Ada beberapa individu lagi yang akan dirakam percakapan mereka sebelum pihak polis menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Pada 20 Dis lepas Allaudeen mengesahkan pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki yang melarikan diri dari asrama didakwa akibat dibuli pelajar lain pada 8 Dis lepas.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu kepada pelajar lelaki berusia 14 itu membuat laporan polis.
Sementara itu, ibu kepada pelajar berkenaan mengesahkan anak beliau telah dirakam percakapan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Dis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar dibuli
#sekolah berasrama penuh
#Polis Kuala Lumpur
#lari dari asrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan