Pihak polis sedang menjalankan siasatan forensik mengenai tayangan filem pornografi menerusi papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta semalam.
Media atas talian hari ini memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kekerasan Polis Daerah Metro Jaya, Hendy Kurniawan sebagai berkata pihaknya telah menyita dan mengambil beberapa peralatan komputer milik syarikat pengiklanan berkenaan yang terletak di Jakarta Selatan.
Beliau berkata pihak polis juga telah membuat pemeriksaan menyeluruh di pejabat syarikat berkenaan dan beberapa petugasnya akan disoal siasat bagi membantu siasatan.
Orang ramai dan pengguna jalan raya menjadi kecoh apabila melihat sebuah papan iklan elektronik sebesar 24 meter persegi di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan menayangkan filem lucah.
Seorang penjual soto ditepi jalan di situ yang dikenali sebagai Domang kemudiannya mengambil tindakan berani dengan memotong wayar elektrik di papan iklan berkenaan setelah filem itu ditayangkan kira-kira 20 minit.
Dia yang membuka gerai di belakang papan iklan berkenaan berkata setelah mengetahui papan iklan itu menayangkan filem lucah, dia lalu mencari suis elektrik papan iklan itu dan menutupnya.
Sementara itu wakil syarikat papan iklan tersebut dilapor sebagai berkata pihaknya kesal dengan insiden itu dan menyerahkan kes kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.
Katanya syarikatnya percaya ia merupakan jenayah siber dan kemungkinan jaringan Internet syarikat itu telah diceroboh serta menafikan ia merupakan perbuatan petugas syarikat berkenaan. - Bernama
Bernama
Sat Oct 01 2016
Orang ramai dan pengguna jalan raya menjadi kecoh apabila melihat sebuah papan iklan elektronik sebesar 24 meter persegi di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan menayangkan filem lucah.
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Piala E-Asia: E-Rimau sasar lolos ke peringkat kalah mati
Sasaran itu dianggap realistik berdasarkan prestasi semasa skuad negara ketika menyertai kem latihan pusat.
Nilai jualan sektor pembuatan bertumbuh 37.2 peratus - Jabatan Perangkaan
Bagaimanapun, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata nilai jualan merosot 6.1 peratus berbanding bulan April.
28 insiden maut babitkan peralatan elektrik tahun lalu
Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 45 kes dilaporkan termasuk 28 insiden yang menyebabkan kematian.
Anwar Ibrahim pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia - Kaji selidik IDE
Hasil dapatan kaji selidik yang dilakukan Institut Darul Ehsan itu juga mendapati 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat.
Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.
Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment
Merangkumi kategori pembayaran seperti pendaftaran kes dan pembayaran denda yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan.
Pelan Ekonomi Jangka Pendek: Perluas capaian internet demi bantu usahawan Sabah
Capaian internet merupakan isu yang telah lama membelenggu negeri itu sekali gus merencatkan usaha ke arah ekonomi digital yang kian berkembang ketika krisis kesihatan COVID-19.
Stesen pengecasan e-kenderaan BMW dilancar di Perak
Stesen pengecasan kereta elektronik (e-kenderaan) itu menunjukkan komitmen berterusan kumpulan untuk memacu mobiliti masa depan di negara ini.
Polis Jakarta siasat papan iklan elektronik tayang filem lucah
Pihak polis sedang menjalankan siasatan forensik mengenai tayangan filem pornografi menerusi papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta semalam.
Kementerian Kesihatan tubuh jawatankuasa khas e-rokok
Kementerian Kesihatan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas e-rokok bagi menjawab segala isu berkaitan rokok elektronik atau vape.