Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan kes itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pihak polis telah mengesan video tular itu di aplikasi TikTok pada 11.30 pagi ini dan kami membuka kertas siasatan bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video itu dan beri ruang pihak polis menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 20 saat memaparkan upacara keagamaan di sebuah tokong dengan berlatarbelakangkan selawat namun video tersebut telah diturunkan daripada aplikasi TikTok.
-- BERNAMA