awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis jejak lima lagi individu bogel

Bernama
Bernama
11/06/2015
05:20 MYT
Polis jejak lima lagi individu bogel
Pada Rabu, empat warga asing termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. - Foto Facebook
Pihak polis sedang menjejaki lima lagi pelancong asing yang disyaki berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah mendapatkan maklumat lanjut mengenai mereka daripada empat suspek yang direman semalam.
"Daripada gambar yang diterima, ada 10 individu tetapi hanya nama lima orang yang dikenal pasti dan yang lain-lain kita akan cuba dapatkan daripada suspek yang ditahan," katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontingen Sabah.
Jalaluddin berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Imigresen akan berusaha mengenal pasti identiti pelancong berkenaan, namun sehingga kini belum ada maklumat diterima.
Beliau berkata pihaknya sukar mengenal pasti identiti pelancong itu kerana mereka tidak meletakkan nama sebenar dan negara asal dalam buku daftar pendaki.
Pada Rabu, empat warga asing termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Menurut Jalaluddin, mereka merupakan pasangan adik-beradik warga Kanada dan seorang lelaki warga Belanda yang menyerah diri di Balai Polis Karamunsing pada Selasa.
Seorang lagi suspek merupakan wanita warga British yang ditahan di Lapangan Terbang Tawau pada Selasa ketika hendak berlepas ke Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#bogel
#Gempa Bumi Sabah
#Gempa Ranau
#nudist
#Ranau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan