awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Johor siasat laporan pegawai, tiga anggota terlibat kes pemerasan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2024
08:30 MYT
Polis Johor siasat laporan pegawai, tiga anggota terlibat kes pemerasan
M Kumar, keempat-empat individu itu sudah ditahan sebaik laporan polis diterima pada 28 Ogos lalu sebelum diberikan jaminan polis. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang pegawai dan tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam yang didakwa terbabit dalam kes pemerasan, bulan lalu.
Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, keempat-empat individu itu sudah ditahan sebaik laporan polis diterima pada 28 Ogos lalu sebelum diberikan jaminan polis.
"Kita sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. Keempat-empat suspek sudah ditangkap untuk siasatan lanjut.
"Proses siasatan sedang berjalan dan kita sedang mengumpul bukti. Sekiranya dapat bukti yang diperlukan untuk bantu siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, pada Isnin.
Kumar berkata, selain siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, beliau turut mengarahkan siasatan dalaman juga dijalankan dengan segera.
"Siasatan akan dijalankan secara telus dan tindakan tegas dari sudut perundangan akan diambil sekiranya ada bukti," ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#polis johor
#aktiviti pemerasan
#anggota polis
#IPD Seri Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan