awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Johor ubah suai corak tugasan sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
02/05/2022
10:03 MYT
Polis Johor ubah suai corak tugasan sempena Aidilfitri
Kamarul Zaman berkata aspek yang akan diberi penekanan termasuk memberi tumpuan di kawasan perumahan dan keadaan lalu lintas. - Gambar fail
Polis Johor perkemas corak tugasan pegawai dan anggotanya bagi memastikan sambutan Aidilfitri di negeri ini berjalan dengan lancar.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata aspek yang akan diberi penekanan termasuk memberi tumpuan di kawasan perumahan dan keadaan lalu lintas.
"Malam tadi, kita telah mengubah suai atur gerak hampir 6,000 hingga 7,000 pegawai dan anggota di seluruh kontinjen Johor yang bertugas sepanjang Syawal ini.
"Selain di plaza tol, kawasan perumahan akan dipantau rapi memandangkan orang ramai dilihat meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa-gesa dan kita khuatir ada unsur kecuaian berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka di kediaman rasmi Ketua Polis Johor di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut menyediakan kira-kira 250 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan lebih 100 kereta peronda (MPV) untuk pemantauan termasuk di kawasan hotspot, kesesakan lalu lintas, tempat berhimpun dan pusat membeli belah di seluruh negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#polis johor
#kawalan keselamatan
#Kamarul Zaman Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan