awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis jumpa kereta mewah Shaheizy Sam

Bernama
Bernama
10/04/2013
23:00 MYT
Polis jumpa kereta mewah Shaheizy Sam
Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi semalam di Taman Skudai, Johor.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek lelaki yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini.
"Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan. Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu.
"Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya lelaki itu sebelum ini pernah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 namun gagal hadir di mahkamah selepas itu.
"Meskipun suspek dibebaskan dengan ikat jamin, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya, ketika ini kita sedang giat menjejaki suspek," katanya.
Mohmad berkata kereta mewah berwarna coklat gelap yang belum didaftarkan dan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dipercayai telah dijual semula dengan harga RM30,000 kepada orang tengah dan dibawa ke Johor sebelum dijual sekali lagi.
Difahamkan, kereta mewah itu merupakan hadiah utama bagi ABPBH 2012 bagi kategori Bintang Paling Popular yang dimenangi oleh pelakon Shaheizy Sam.
Suspek utama kes curi kereta itu dipercayai pernah melarikan sebuah kereta Porsche Panamera 4 dari bilik pameran kereta jenama itu di Jalan Bukit Bintang pada Oktober tahun lepas sebelum melarikan dua lagi kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Januari lepas.
Sehubungan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 32, bagi membantu siasatan kes itu.
Topic Berkaitan
#ABPBH
#Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
#nissan fairlady
#polis
#Shaheizy Sam
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan