awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kedah kawal ketat sempadan pastikan Long Tiger tidak lepas ke Thailand

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/12/2021
21:17 MYT
Polis Kedah kawal ketat sempadan pastikan Long Tiger tidak lepas ke Thailand
Polis Kedah mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan sebarang percubaan Long Tiger melarikan diri ke negara jiran. - Gambar hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Polis Kedah memperketatkan kawalan bagi menutup laluan sempadan negara dalam usaha mengekang lelaki dikenali sebagai ‘Long Tiger’ lolos ke Thailand.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, semua anggota telah dikerah mengesan dan memburu suspek yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, Rabu lalu.
Beliau berkata, sekatan jalan raya (SJR) turut diadakan di Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung bagi memeriksa semua kenderaan dan individu yang ingin ke sempadan.
“Kita telah menubuhkan task force (pasukan petugas) bagi membantu kontinjen Johor mengesan suspek.
“Pasukan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri akan melakukan risikan sekiranya terdapat pergerakan suspek di sempadan Malaysia-Thailand,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam tadi.
Pada 15 Dis, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid menghadiri prosiding di Mahkamah Majistret Tangkak bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan, sebelum terlepas daripada tahanan kira-kira 11.55 pagi.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat dilaporkan berkata, tertuduh yang masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, kini disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada tahanan.
Topic Berkaitan
#Long Tiger
#Polis Kedah
#lari dari tahanan
#sempadan Malaysia-Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan