awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan fokus tangani kes seksual, gejala sosial remaja

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
11/10/2022
01:20 MYT
Polis Kelantan fokus tangani kes seksual, gejala sosial remaja
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pengedaran dadah dan penyeludupan di sempadan juga akan diberikan tumpuan. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Polis Kelantan akan memberi fokus menangani kes seksual dan gejala sosial membabitkan remaja yang agak kritikal di negeri itu ketika ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pengedaran dadah dan penyeludupan di sempadan juga akan diberikan tumpuan.
"Isu gejala sosial kita melihat penglibatan remaja dalam kes kes seksual pada saya agak ketara, ini fokusnya, dan penglibatan remaja dalam samseng jalanan aksi tak wajar.
"Kita akan mengorak dan mungkin buat 'SummerCamp' dan sebagainya," katanya.
Dalam usaha menangani gejala sosial itu, PDRM akan turut melaksanakan libat urus bersama Jabatan Pendidkan Kelantan, Pejabat Menteri Besar Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)serta badan bukan kerajaan.
Beliau berkata polis Kelantan juga akan melancarkan satu gerak kerja dikenali sebagai CLASS (clean, loyalty, aced oriented, systematic dan solidarity) kepada anggota polis Kelantan.
Muhamad Zaki berkata demikian selepas menggalas tugas sebagai Ketua Polis Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Shafien Mamat yang bersara pada tahun lepas.
Terdahulu beliau menghadiri majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Kelantan yang baharu, Datuk Azman Ayob disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Md Din pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#kes seksual
#gejala sosial remaja
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan