awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan sahkan berjaya tahan dua individu berhubung kes pencemaran Sungai Batang Benar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
08/10/2020
09:35 MYT
Polis Kelantan sahkan berjaya tahan dua individu berhubung kes pencemaran Sungai Batang Benar
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafein Mamat berkata kedua-dua suspek berkenaan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun dan bekerja sendiri. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU:Polis Kelantan mengesahkan berjaya melakukan tangkapan ke atas dua individu berhubung kes pencemaran Sungai Batang Benar, di Negeri Sembilan.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafein Mamat berkata kedua-dua suspek berkenaan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun dan bekerja sendiri.
Individu berkenaan ditahan di rumah masing-masing di Bukit Marak, pada 6 Oktober lepas.
“Saya mengesahkan bahawa pihak polis Kelantan bersama polis Negeri Sembilan membantu menangkap dua orang suspek di Bukit Marak. Semua siasatan kes ini dilaksanakan oleh polis Negeri Sembilan,” katanya di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan kesemua suspek berkenaan diserahkan kepada polis Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini media melaporkan Sungai Batang Benar, di Pajam Negeri Sembilan tercemar menyebabkan dua loji rawatan air dihentikan operasi sehingga menjejaskan 300,000 pengguna di Lembah Klang.
Semalam Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan, dua suspek yang dikaitkan dengan pencemaran sungai terbabit telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan tengah hari Selasa.
Topic Berkaitan
#Sungai Semenyih
#Sungai Batang Benar
#pencemaran sungai
#Ketua Polis Kelantan
#shafein mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan