awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat mangsa bot candat sotong terbalik di Pulau Rebak ditemui selamat
PM Anwar luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
Pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat timang cahaya mata lelaki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis keluar 24 saman, sita 13 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di Iskandar Puteri

Bernama
Bernama
06/09/2025
12:45 MYT
Polis keluar 24 saman, sita 13 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di Iskandar Puteri
M. Kumarasan berkata sebanyak 20 motosikal ditahan, manakala semua saman itu dikeluarkan kepada penunggang dan pembonceng berusia antara 15 hingga 28 tahun. - Gambar Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri
ISKANDAR PUTERI: Polis mengeluarkan 24 saman trafik atas pelbagai kesalahan jalan raya dan menyita 13 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan sekitar Lebuhraya Nusajaya, Lebuhraya Link Kedua (arah ke Tuas) dan kawasan Kangkar Pulai, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata sebanyak 20 motosikal ditahan, manakala semua saman itu dikeluarkan kepada penunggang dan pembonceng berusia antara 15 hingga 28 tahun.
Beliau berkata pihaknya turut menahan tiga individu berumur 18 hingga 20 tahun bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan kenderaan mereka turut disita di bawah Seksyen 64 akta sama.
"Antara kesalahan yang dikesan termasuk ubah suai struktur kenderaan (ekzos), nombor pendaftaran fancy, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, tiada perlindungan insurans dan lain-lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumarasan turut memberikan amaran keras dan tiada kompromi terhadap mana-mana individu yang cuba melakukan aktiviti samseng jalanan di kawasan Iskandar Puteri, yang jelas mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
"Operasi ini akan dilakukan secara berterusan bagi mencegah kegiatan lumba haram serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam daerah Iskandar Puteri terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Ops Samseng Jalanan
#lumba haram
#ketenteraman awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan