awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun

Bernama
Bernama
16/01/2025
04:20 MYT
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Tular di media sosial orang ramai membanjiri Pantai Sura di daerah Dungun untuk mengutip kerang yang memenuhi pesisir pantai itu selepas dilanda ombak besar, sejak petang kelmarin. -Bernama
KUALA TERENGGANU: Satu amaran larangan mengutip kerang di pesisir pantai daerah Dungun telah dikeluarkan oleh pihak polis.

Ringkasan AI
  • Polis mengeluarkan larangan mengutip kerang di pesisir pantai daerah Dungun untuk keselamatan masyarakat.
  • Larangan ini disebabkan oleh arus laut yang kuat, angin kencang, ombak tinggi, dan cuaca tidak menentu.
  • Pihak polis akan menjalankan pemantauan berkala untuk memastikan larangan dipatuhi dan mengelakkan kemalangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir, berkata larangan ini dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
"Larangan ini diumumkan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
"Pesisir pantai daerah Dungun berisiko tinggi akibat arus laut yang kuat, dengan kelajuan angin mencecah 60 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.4 meter, selain perubahan cuaca yang tidak menentu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan berkala di kawasan pantai untuk memastikan larangan ini dipatuhi.
"Kami mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan tiada kemalangan jiwa di kawasan pantai disebabkan aktiviti ini," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial orang ramai membanjiri Pantai Sura di daerah Dungun untuk mengutip kerang yang memenuhi pesisir pantai itu selepas dilanda ombak besar, sejak petang kelmarin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#larangan kutip kerang
#pesisir pantai daerah Dungun
#arus kuat
#ombak tinggi
#Pantai Sura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan