awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti keluarga remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik

Bernama
Bernama
29/07/2024
21:15 MYT
Polis kenal pasti keluarga remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik
Mohd Yusri turut menasihati ibu bapa agar lebih peka dan tidak sewenang-sewenangnya membiarkan anak-anak mereka memandu kenderaan tanpa lesen. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti keluarga seorang remaja berusia 14 tahun yang memandu kereta dan membawa dua kanak-kanak di sebuah kawasan perumahan dipercayai di Sepang, Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.
Beliau turut menasihati ibu bapa agar lebih peka dan tidak sewenang-sewenangnya membiarkan anak-anak mereka memandu kenderaan tanpa lesen.
Semalam tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja didakwa berusia 14 tahun dan turut dinaiki dua kanak-kanak dipercayai adiknya.
Menerusi rakaman itu, kereta dipandu remaja terbabit agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan.
Wanita berkenaan, yang mendakwa remaja terbabit sudah beberapa kali dilihat memandu kereta di kawasan tersebut, berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja pandu kereta
#Mohd Yusri Hassan Basri
#Sepang
#ibu bapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan