IPOH: Polis sudah mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang dipercayai menularkan gambar berunsur fitnah berhubung kejadian pergaduhan melibatkan empat individu sehingga menyebabkan kematian di Jalan Ashby di sini pada Khamis lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya akan memanggil individu terbabit yang memuat naik gambar di tempat kejadian sehingga mendapat perhatian masyarakat umum yang memaparkan tindakan pegawai polis dari Balai Polis Sungai Senam di sini, meleraikan kejadian pergaduhan berkenaan.
"Siasatan sudah dijalankan dan gambar yang ditularkan itu diambil semasa anggota polis sampai ke tempat kejadian ketika seorang daripada suspek sedang bergelut dengan si mati.
"Polis telah bertindak cepat untuk menahan mereka yang terlibat sehingga berjaya menahan ketiga-tiga suspek di tempat kejadian.
"Orang ramai diminta supaya berhati-hati membuat ulasan sendiri yang tidak benar," katanya pada sidang media Pelancaran Op Cegah Jenayah Khas Kontinjen Perak di sini yang berakhir kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Gambar yang ditularkan memperlihatkan seolah-olah pihak polis tidak meleraikan pergaduhan tersebut dan susulan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mior Faridalathrash berkata ketiga-tiga suspek masih dalam tahanan reman dan pihak polis akan merujuk hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
BACA: Tiga bersaudara direman bantu siasatan kes bunuh depan warung
Tiga bersaudara berusia 34 hingga 60 tahun, direman selama tujuh hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki dalam pergaduhan di hadapan sebuah warung di Pasar Pagi Flat Ashby.
Mangsa Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dipercayai akibat dicekik semasa bergelut dalam pergaduhan dengan tiga lelaki terbabit kerana dikatakan mencuri 'portable speaker'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Pada 25 Nov lalu, seorang lelaki maut dipercayai akibat dicekik selepas bergelut dengan tiga lelaki dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah warung di Pasar Pagi Flat Ashby, Jalan Asman Shah Sungai Senam, Ipoh. -- Gambar fail BERNAMA
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Remaja cekik adik hingga maut direman pagi ini
Suspek merupakan anak sulung kepada empat beradik, juga seorang pelajar sekolah Arab yang tidak mempunyai sebarang rekod disiplin.
Polis kenal pasti pemilik akaun media sosial sebar gambar berunsur fitnah
Pihaknya akan memanggil individu terbabit yang memuat naik gambar di tempat kejadian sehingga mendapat perhatian masyarakat umum.