awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Perundingan Gig bakal ditubuh, bincang isu ‘bidding’ e-hailing - KESUMA
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga bersaudara direman bantu siasatan kes bunuh depan warung

Bernama
Bernama
26/11/2021
06:32 MYT
Tiga bersaudara direman bantu siasatan kes bunuh depan warung
Mangsa maut dipercayai akibat dicekik semasa bergelut dalam pergaduhan dengan tiga lelaki kerana dikatakan mencuri 'portable speaker'. - Foto BERNAMA
IPOH: Tiga bersaudara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang maut dipercayai akibat dicekik dalam pergaduhan di hadapan sebuah warung di Pasar Pagi Flat Ashby, Sungai Senam di sini semalam.
Perintah reman ke atas kesemua lelaki berusia 34 hingga 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus selepas menerima permohonan pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan lelaki pertama adalah seorang peniaga berusia 34 tahun, lelaki kedua adalah bapanya yang merupakan seorang pesara berusia 60 tahun manakala lelaki ketiga pula seorang peniaga berusia 47 tahun yang juga saudara anak-beranak tersebut.
BACA: Hanya kerana pembesar suara, lelaki maut akibat dicekik
Pergaduhan | Akibat curi pembesar suara, lelaki dibunuh
Terdahulu, kesemua mereka tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 11 pagi dengan diiringi polis.
Semalam, seorang lelaki, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dipercayai akibat dicekik semasa bergelut dalam pergaduhan dengan tiga lelaki kerana dikatakan mencuri 'portable speaker'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga bersaudara direman
#kes bunuh
#Sungai Senam
#pembesar suara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan