Polis telah mengenal pasti sekolah yang mempunyai masalah gengsterisme di seluruh negara dan tindakan segera akan diambil, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pegawai perhubungan sekolah supaya bekerjasama dengan guru disiplin khususnya, selepas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi kelonggaran sepenuhnya kepada polis menjalankan siasatan di sekolah.
Katanya, sekolah yang terlibat dengan gengsterisme juga dinasihatkan untuk tidak menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan polis, sebaliknya perlu tampil ke hadapan supaya masalah terbabit boleh dibanteras di peringkat awal.
"Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan telah bermula khususnya di Selangor yang mana kita sedang mengumpul risikan dan maklumat berkaitan penuntut dan bekas penuntut yang terlibat. Guru-guru jangan simpan masalah ini, kalau diamkan, (ia) tidak membantu sesiapa.
"Ibu bapa juga perlu awasi anak-anak mereka. Langkah mengatasinya perlu dilakukan sekarang supaya masalah ini tidak menjadi duri dalam daging dan mendatangkan lebih banyak masalah pada masa hadapan," katanya.
Khalid berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani yang bersara wajib kepada Datuk Rosli Ab Rahman di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.
Beliau memaklumkan setakat ini, sebanyak 35 pelajar telah ditangkap berkaitan isu gengsterisme, iaitu kerana disyaki terlibat dengan kumpulan kongsi gelap Geng 24 di Selangor.
Khalid juga tidak menolak kemungkinan terdapat orang dewasa yang menjadi dalang dalam pembabitan pelajar berkeanaan, selain persepsi silap pelajar itu sendiri yang merasakan mereka berkuasa jika menganggotai kumpulan kongsi gelap.
"Pelajar ini cuba untuk menonjolkan identiti mereka dan mereka mengagung-agungkan rakan senior yang pernah ditangkap. Kita kena betulkan pemikiran mereka yang memandang tinggi kawan yang kononnya berkuasa," katanya.,
Khalid berkata polis juga akan menjalin kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah bagi mencari penyelesaian masalah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2017

KHALID: Sekolah yang terlibat dengan gengsterisme juga dinasihatkan untuk tidak menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan polis.
Teater Hamdolok: Usaha lestarikan seni tradisi yang semakin dilupakan
Hamdolok diambang kemusnahan dan hampir pupus kerana kurang aktiviti persembahan, minat dan pewaris generasi baru dan muda.

Kerajaan teliti kaedah tangani krisis penghijrahan cendekiawan - PM Anwar
Kementerian berkaitan sedang melibatkan mereka yang boleh menyumbang untuk kembali dan ditempatkan dalam bidang kompetensi tertentu untuk membantu Malaysia.

All Stars Gegar Vaganza buka tirai esok, 'hot seat' jadi milik siapa?
Daripada musim pertama hingga kesembilan, seramai 23 orang bintang yang tersenarai untuk diundi peminat.

UNGA: Thailand komited ke arah keamanan, hak asasi manusia dan alam sekitar
Thailand komited dalam usaha memajukan keamanan yang mampan, hak asasi manusia dan pemeliharaan alam sekitar.
AWANI Ringkas: Ahli parti bebas persoal dasar kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dunia perlu bangkit, bukan hanya lihat kekejaman Israel - ABIM
Masyarakat dunia perlu bangkit bersama menentang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dan bukan hanya melihat hak asasi mereka terus dicabul rejim zionis Israel.
Saingan tiga penjuru di Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.
Siri khas hari Malaysia, laporan MalaysiaKini tidak tepat - JPN
Beberapa maklumat dan informasi yang dilaporkan portal Malaysiakini dalam siri khas Hari Malaysia ‘Merungkai Isu Golongan Tiada Kerakyatan Di Malaysia’ bertarikh 15 hingga 22 Sept lalu, adalah tidak tepat, menurut Jabatan Pendaftaran Negara.

PRK Pelangai: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon bertanding pada PRK Pelangai.

Malaysia miliki segala yang perlu untuk bangkit kembali sebagai ekonomi dinamik - PM Anwar
Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh,

Dakwaan kegiatan gengsterisme di Ipoh: Polis tubuh pasukan penyiasat khas
Pasukan itu akan menyiasat semua maklumat yang diberikan seorang pemilik akaun Facebook bernama Meganathan Nathan, yang mendapat perhatian masyarakat.

Tiada elemen gengsterisme dalam isu pecerobohan tanah di Raub - Polis
Tiada pembabitan kumpulan kongsi gelap dalam isu penerokaan tanah yang didakwa secara haram oleh pekebun durian Musang King di daerah Raub, Pahang.

Gejala gengsterisme murid terkawal - Kamalanathan
Gejala dan salah laku gengsterisme dalam kalangan murid sekolah masih berada dalam keadaan terkawal.

Jangan takut untuk salurkan maklumat tentang gengsterisme - Mahdzir
Keselamatan golongan pendidik tidak akan terancam kerana kementerian ada kerjasama khas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis kenal pasti sekolah ada masalah gengsterisme - KPN
Polis telah mengenal pasti sekolah yang mempunyai masalah gengsterisme di seluruh negara dan tindakan segera akan diambil, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.