awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti tiga individu terlibat kes gaduh

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2022
00:50 MYT
Polis kenal pasti tiga individu terlibat kes gaduh
Video tular berdurasi satu minit enam saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter yang memaparkan kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di sebuah premis di Jalan Yap Kwan Seng, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya sedang mengesan tiga individu terbabit bagi membantu siasatan.
"Kita telah menerima laporan berkaitan insiden tersebut pada jam 8.38 pagi semalam, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Noor Dellhan berkata, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.
"Kita memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," ujarnya.
Pada Isnin, tular video berdurasi satu minit enam saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter yang memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di hadapan sebuah premis. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Yap Kwan Seng
#gaduh
#video tular
#Polis Dang Wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan