Skip to main content

Malaysia

Polis kesan dua lelaki terlibat pergaduhan di Stesen Komuter Labu

KTMB Gantung Tugas Pekerja
Susulan penemuan video berkenaan, Ketua Balai Polis Labu membuat laporan polis sebagai maklumat pertama bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. - Foto ihsan pembaca
Advertisement

SEREMBAN: Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan di pekarangan Stesen Komuter Labu, Nilai pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata polis mengesan satu video berdurasi satu minit 36 saat mengenai kejadian itu yang dimuat naik di aplikasi TikTok semalam.

Beliau berkata susulan penemuan video berkenaan, Ketua Balai Polis Labu membuat laporan polis sebagai maklumat pertama bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Video itu memaparkan pergaduhan membabitkan dua lelaki berusia 38 dan 51 tahun di pekarangan Stesen Komuter Labu.

“Setakat laporan dibuat, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu dan tiada individu tampil ke Balai Polis Labu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata selain kedua-dua lelaki terbabit, pihaknya turut mengesan saksi kejadian untuk dirakam percakapan, rakaman asal video, mengenal pasti perakam atau pemuat naik serta mengesahkan tarikh dan masa kejadian.

Polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dan maklumat daripada pihak pengurusan stesen bagi membantu siasatan serta kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement